Friday, December 22, 2017

Sejarah Sekolah

SMK Taman Bukit  Indah dibina atas nama Kementerian Pelajaran Malaysia secara rundingan “Design And Build” mulai Mei 2002 dan disiapkan sepenuhnnya pada September 2003. Bangunan ini diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada bulan Mac 2004. SMK Taman Bukit Indah terdiri daripada blok-blok 3 dan 4 tingkat merangkumi bangunan pentadbiran dan akademik. Ia dilengkapi dengan kantin, tempat letak kereta, bangunan serbaguna,16 unit rumah guru, surau, dewan dan sebagainya.  

SMK Taman Bukit Indah Johor Bahru mula beroperasi pada 1 Jun 2004 dan sesi persekolahan bermula pada 14 Jun 2004. Pn. Hajah Noor Hayatee binti Md. Noor diberi mandat sebagai Pengetua yang pertama di SMK Taman Bukit Indah dan dibantu  oleh 8 orang guru terlatih dan 5 orang guru sandaran tidak terlatih. Hasil usaha dan kerjasama daripada semua pihak telah menjadikan SMK Taman Bukit Indah sebagai sebuah sekolah menengah yang maju dan berdaya saing serta seiring dengan usaha kerajaan dalam melahirkan bangsa Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 

Pada sesi persekolahan 2005, berlaku pertambahan jumlah kelas dan bilangan guru yang bertugas di SMK Taman Bukit Indah. Jumah  kelas yang digunakan ialah 19 buah merangkumi kelas Tingkatan Peralihan hingga ke Tingkatan 5. Bilangan guru juga telah meningkat kepada 35 orang.  

Pada sesi persekolahan 2006, Pn. Salbiah binti Noordin telah menggantikan Pn. Hajah Norhayatee binti Md. Noor yang telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru di PKPM Putrajaya. 

Manakala pada 16 September 2010 SMK Taman Bukit Indah telah menyambut kehadiran Pengetua baru, iaitu Pn. Zubaidah binti Endot yang bertugas sehingga 2014.  

En. Nasir Bin Mohamed Yunos menjadi pengetua berikutnya sehingga Januari 2017 sebelum disambung oleh Tn. Haji Shahlal Bin Sakio sehingga Ogos 2017.

Hasil kecemerlangan pencapaian SPM tahun 2015,  SMK Taman Bukit Indah telah dianugerahkan Tawaran Baharu Kepengetuaan (New Deal )oleh KPM pada tahun 2016.  

Kini, Tn. Haji Md. Ridzuan Bin Md. Nasir menjadi Pengetua SMK Taman Bukit Indah yang terbaru.

Pada akhir tahun 2017, pelajar SMK Taman Bukit Indah berjumlah 1853 orang manakala tenaga pengajar berjumlah 120 orang dan staf sokongan 12 orang. Ia merupakan suatu pertambahan yang begitu tinggi sesuai dengan pertumbuhan dan pembangunan di kawasan sekelilingnya (Wilayah Iskandar).  

 Pertambahan jumlah tenaga pendidik ini telah dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik dan juga bidang kokurikulum. Semua guru berganding bahu serta berusaha  gigih untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan terbilang suatu hari nanti. 


.
.
.

0 comments:

Post a Comment